Monday, June 25, 2012

Kuala Terengganu


Sebenarnya sebelum ke Pulau Kapas kami telah singgah ke Kuala Terengganu dahulu.
Kami bertolak dari KL jam 10.00 malam dan tiba di Kuala Terengganu lebih kurang waktu subuh, Solat subuh di Masjid Terapung dan kemudian ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Masjid Terapung di waktu Subuh



For me, Masjid Kristal tu sangat cantik dan pengalaman di Taman Tamandun Islam sangat awesome!
Replika bangunan dibina dengan sangat teliti bagi menyerupai bangunan asal...Rasa nak amik gambar dengan semua bangunan. Dekat situ je kami dah abiskan masa 2-3 jam. Berpeluh jugak lah sebab tempatnya sangat luas tapi sebab nak save time ada tempat yang kami skip dan naik train je..

Masjid Kristal

favourite pic


Gambar-gambar di Taman Tamadun Islam


Lunch and breakfast yang yummy!



Friday, June 22, 2012

Muzium Rembau


Salah satu interest me and my hubby adalah melawat muzium...
So, sewaktu menghadiri kenduri kahwen seorang sahabat sempat kami singgah di Muzium Rembau. Bangunan Muzium ni sebenarnya dibina di atas tapak istana Raja Melewar. Dan bangunan ini sendiri merupakan replika kepada istana tersebut...Memandangkan tidak ramai pengunjung maka kami berpeluang dapat special tour dari penjaga Muzium ini...

Muzium Rembau @ Replika Istana Raja Melewar

Kolam "Astakona"  hehehe..

Artifak dan ukiran

Artifak

Hubby bersama penjaga muzium ini (lupa dah nama dia)
Sejarah Rembau:


Asal-usul nama Rembau wujud daripada tunggul pokok Merbau Tua yang terletak di Kampung Api-Api, Jalan Kampung Mungkal, di Rembau. Di kawasan persekitaran bekas tunggul tersebut telah diusahakan tanaman sawit. Namun begitu, terdapat satu bahagian yang tanamannya tidak subur dijangkakan merupakan tapak bekas tunggul tersebut. Hanya terdapat rumput yang tumbuh di sekitarnya. Kebiasaannya, selepas hujan akan muncul pelangi di kawasan tersebut. ( Mangun- mengikut kata orang Rembau- pelangi tersebut diiringi desir siulan).

Pokok Merbau merupakan sejenis pokok di dalam famili Leguminosae atau juga dikenali sebagai merbau pili. Pokok tersebut yang terdapat di kawasan perkampungan ini dipercayai sangat besar dan tinggi. Kawasan sekitar pokok tersebut dijadikan penempatan dan pertanian kerana apabila berada di situ seolah-olah ‘payung raksasa’ yang melindungi kampung tersebut. Setelah beberapa musim, penduduk kampung telah sepakat untuk menebang pokok tersebut. Ketelitian amat penting untuk menebang pokok yang besar ini kerana khuatir musibah akan menimpa penduduk apabila pokok tersebut tersembam ke bumi. Penebangan Pokok Merbau dilakukan pada awal abad ke 16 sebelum tahun 1540.

Usaha menebang pokok tersebut mengambil masa kira-kira setengah bulan dan dianggarkan empat gantang serpihan besi kapak beliung telah pecah kerana pokok tersebut sangat besar dan keras. Setelah berjaya ditebang, pokok tersebut akhirnya tumbang merentasi arah utara sawah padi. Ketika tanaman sawi diusahakan pada tahun 1960, terdapat serpihan kayu timbul apabila tanah dicangkul oleh petani-petani ini. Mengambil sempena keajaiban pokok ini, nama Merbau diambil sebagai nama kampung. Di sebabkan kekeliruan nama perkampungan Merbau dan juga nama pokok Merbau penduduk telah membalikkan “MER” menjadi “REM” dengan mengekalkan “BAU”. Maka kekallah nama “REMBAU” sehingga kini.

Menurut sumber anak watan di sini, peneroka asal kampung ini adalah Raja Melewar yang mula bertapak di Rembau sebelum membuka Negeri Sembilan. Terdapat makam baginda bersemadi di kawasan Astana Raja di Rembau yang sering kali menjadi kunjungan penduduk setempat dan pelancong dari luar. Replika Istana Raja Melewar yang terdapat berhampiran dengan makam beliau juga merupakan bekas tapak istana Raja Melewar satu ketika dahulu dan menyimpan pelbagai sejarah dan tinggalan khazanah dahulu kala.


sumber : http://telecentre.my/rembau/index.php/ms/sejarah.html

Pulau Kapas Trip


Trip ini adalah trip dengan kawan-kawan seopis...Sampai di Jeti Marang  dalam pukul 12.00 terus ambik bot. Tak jauh pun, naik speed boat tak sampai setengah jam...
Sampai sana je, terus check in..
Disebabkan semua keletihan dan mengantuk sebab sepanjang malam driving, so terus je semua bayar hutang tido selepas lunch, lagipun tak ada apa aktviti sangat nak buat waktu tengahari panas-panas (yang betulnye takut sunburn). Sebenarnya boleh je nak pergi snorkeling kalau berminat...me dan dua lagi frens tido kat beach...nyenyak gile!
Lepas Asar dlm kul 5 camtu barulah kami bersiar-siar explore seluruh pulau. Actually Pulau Kapas ni kecik je..
Malam aktiviti BBQ, saje request nak buat kat beach...and kami juga request nak bakar sendiri, which mean resort cuma sediakan barang je...memanglah lahap kan...seafood panas-panas dimakan di tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi gitu...

Esoknya, seawal pukul 7 kami dah berendam dalam laut..huhu..Best! sebab suhu air laut pagi yang suam-suam berbanding darat yang dingin. macam berendam dalam tab air panas...

Overall, puas hati sebab pantai cantik cuma resort je kureng sikit...sebab we all dapat bilik kipas kot...so, very the hot!!

Pemandangan pantai 

BBQ Time

Panorama Senja

Thursday, June 21, 2012

Layar Lara Salina

Salah satu pengalaman menarik dalam DPA yang lalu adalah berjaya mementaskan SALINA, iaitu naskhah penulisan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said.
Seminggu sebelum pementasan kami sempat menemuramah beliau mengenai SALINA dan menyampaikan jemputan menonton pementasan tersebut. Namun sayang sekali kerana beliau tiada kelapangan pada tarikh tersebut...yang mana akhirnya secara ad hoc kami telah mencipta "A. Samad Said" versi kami sendiri (ada dalam gambar no. 3 di bawah)...
Alhamdulillah, pementasan tersebut berjaya dipersembahkan dengan jayanya. DBP turut dijemput hadir dan merakamkan pementasan tersebut untuk simpanan dan rujukan mereka.
Mementaskan karya agung seperti Salina sememangnya satu cabaran kepada produksi kami, apatah lagi untuk mengolah karya yang sangat tebal untuk diceritakan dalam durasi 2 jam tanpa meninggalkan plot-plot dan watak-watak penting. 
Namun, faktor kejayaan kami, teamwork yang sangat mantap! 

Antara babak sedih dalam Layar Lara Salina

Babak-babak menarik

Add caption

"Salina" 

Sidang F-Fantastico DPA 1/2011

Tuesday, June 19, 2012

Sticky-Homemade Candy

Teruja tengak they all buat candy...
hand-made gitu...
nampak macam lembut...












Nasi Dalca Pak Din

Pernah dengar nasi dalca?
kalau kat penang memanglah femes..
Salah satu yang femes adalah Pak Din Nasi Dalca
Lokasinya di Jelutong..gerai tepi jalan je...
Kelebihannya: lauk simple 
Kelemahan: kurang pilihan kot tp cam ok je...

Pak Din Nasi Dalca

Itu saya dan adik-adik sedang menunggu giliran

Antara pilihan lauk

lauk lagi


Bintang : 4 bintang

Cendol Batu Pahat

Setiap kali balik kampung di Batu Pahat, Johor, selain mee bandung Odeon  dan Satay Jengkuan (akan direview kemudian), tempat wajib singgah adalah gerai cendol di Jalan Engan. Kalau seminggu kat kg, makanya 7 kalilah kami akan singgah di sini. Wajib singgah...Dibuka seawal 8-9 pagi hingga 7-8 malam...
Dulu, waktu saya kanak-kanak lagi, harga semangkuk cendol hanyalah 30 sen, kemudian jadi 50 sen, 70-80 sen hinggalah harganya sekarang dah jadi RM1 semangkuk.. Ayah dan mak cerita dulu zaman they all 5sen-10sen je...

Dulu guna mangkuk macam ni :-  , lepas tu mangkuk macam ni , lepas tu sekejap guna  tapi warna pink sekarang dah guna mangkuk plastik melamine tu... kira cendol ni berevolusi seiring dengan saya membesar..tu belum kira lagi zaman mak ayah saya...

Saya bukan penggemar cendol, tapi inilah satu-satunya cendol kat Malaysia ni yang saya boleh minum sampai abis...
Cendolnya lain daripada yang lain~lembut dan halus...dicampur dengan air gula melaka yang tak berapa manis dan serasi dengan santan+susu...maybe sebab tu saya suka kot...sebab tak rasa santan sangat...


Mercu Tanda Batu Pahat

Gerai Cendol

Cendol Idaman Malaya

Terbaek!

Sedap!

Menghayati setiap slurppp..

Pandangan dekat...

Antara keratan akhbar story cendol batu pahat

Monday, June 18, 2012

Steambot Sri Q Thai

Salah satu tempat yang heaven untuk menikmati steambot bagi for me adalah di Sri Q Thai, Bandar Tun Hussein Onn..kalau tak silap dye ada beberapa cawangan lain di sekitar KL dan Selangor ni..
dah banyak tempat kami survey (Redwok, Priuk, Maeps, Steamboat Antarabangsa)
Pilihan sangat banyak dan yang penting tomyam nya sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga..
So, tempat ni pada pandangan saya adalah setanding dengan Redwok di Bangi tu..

Kelebihannya: Banyak sangat pilihan...

Kekurangan : Minuman tak dimasukkan sekali dalam harga bufet..so, drinks kena a la carte ye!


Sebahagian daripada hidangan..





Bintang : 4 bintang

Ikan bakar Teluk Tempoyak

Salah satu tempat favourite kami sekeluarga adalah di Ikan Bakar Teluk Tempoyak...
Tempat ni memang terkenal di kalangan orang tempatan (Penangites)
Sejak dari we all kecil lagi (masa tu i masih sekolah rendah) sampailah sekarang ni dah dekat 20 tahun kitaorang makan kat sini.
Dari tempat ni cuma gerai kecil di tepi pantai sekarang dah jadi medan..
Tapi ikan bakar nya memang terbaek!!!
Kalau ikut my mum, ini adalah ikan bakar yang tersedap di Malaysia..

Kelebihannya: ikan siakap segar yang diternak sendiri dibakar garing menggunakan arang dan disaluti sambal  homemade...
dan dicicah air asam yang sedang-sedang..
Pergh...we all memang boleh abiskan sekor siakap sorang...

Kekurangan: Menu di sini semuanya bakar sahaja...Kalau nak oder masakan lain contoh sweet sour, stim ke kena order di kedai lain..

Ikan bakar mentah~fresh dari sangkar


Terbaek bak kata sang adik..

Waktu perniagaan

Hidangan siap dibakar

Udang bakar

Air asam

our menu: 3 ekor ikan siakap, udang, sayur kailan dan lala tumis halia

Bintang : 5 bintang!