Thursday, December 14, 2017

Baked Macaroni Cheese


Bahan-bahan :
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
1 tin kecil Campbell's Cream of Mushroom
1 pek daging ayam kisar
2 cawan macaroni
1 pek mix cheese (cheddar, mozzarella & parmesan) atau boleh guna pizza topping-
(saya biasanya guna brand perfect italiano pizza plus atau Emborg pizza topping)
4 biji cendawan butang
1/2 biji lada benggala
1 sudu kecil italian mixed herbs
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun





Masak cara saya :

Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan

Saute daging dengan minyak zaitun.
Masukkan krim carbonaran dan sup cendawan. Tambahkan 2 tin air (sukat guna tin prego or campbell's tu).
Tunggu sampai mendidih dan kuah pekat sedikit, sambil sambil kacau2 supaya kuah tidak berketul2 dan daging tidak melekat.
Masukkan cendawan dan lada benggala yang telah dihiris atau dicincang.
Perisakan dengan garam (jika perlu), lada hitam dan mixed herbs.
Biar kuah pekat ikut tahap kesukaan masing-masing.
Gaulkan dengan makaroni.
Lapiskan makaroni dan cheese dalam bekas (cheese makaroni cheese makaroni dan atas sekali topping dengan cheese)
Bakar dalam oven dalam masa 15 minit atau agak2 cheese topping tu dah cair n garing.
Sedia untuk dihidang. Kalau rasa nk pedas, boleh tabur chili flakes.






Wednesday, December 13, 2017

Ikan Kukus Lemon

Bahan- Bahan:
1 ekor Ikan Siakap / Ikan Bawal Emas (saiz sederhana)
1 biji Lemon
1 biji bawang besar / bawang holland
2 ulas bawang putih
1 buku halia (saiz ibu jari)
Sos tiram
Kicap cair / sos ikan
Lada sulah
Garam'
Rencah Hilal
1 sudu makan tepung Jagung
1 sudu makan minyak masak
Tomato dan Lobak Merah
Cili padi

Cara Mengukus Ikan :
Ikan dibasuh bersih dan dilumur dengan sos tiram, kicap cair, sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal. Letak dalam pengukus dan halia yang dihiris ditabur di atas ikan. Perahkan jus lemon sedikit sahaja. Kukus dalam 15 minit.

Cara Membuat Kuah:
Bawang Besar dan bawang putih dihiris. Panaskan minyak masak  dan saute bawang besar dan bawang putih.
Gunakan semula air pengukus tadi dalam 1 cawan or 1 1/2 cawan. Masukkan pada bawang yang telah ditumis. Perahkan lemon, perasakan dengan kicap cair/sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal.
Setelah mendidih masukkan lobak merah dan tomato. Tambah cili padi jika sukakan kuah yang pedas. Akhir sekali masukkan 2 atau 3 sudu tepung jagung yang telah dibancuh (ikut suka tahap kepekatan masing-masing).

Siramkan kuah atas ikan kukus tadi. Hidang.







Monday, May 26, 2014

Teater Awek Chuck Taylor


The day that i've waited for so long was finally arrived..
Pementasan Teater Awek Chuck Taylor (ACT)..
Actually i bought the tickets for first show..
memang best..disebabkan pementasan ni adalah sempena PJ Laugh Fest so, teater ni jadi teater komedi instead of love story...
Tapi pelakon-pelakon nya semua memang talented kot..ye la..bakat-bakat muda yang memang tengah naik dan sememangnya berbakat..
Seriously i enjoy sangat...lebih-lebih lagi bila dah lama tak join teater..so disebabkan nak melepaskan gian nonton teater ni, so i decided to go for one more round on the last day..yup!! i went to watch ACT twice...the first and last show..nasib baik ada tiket lagi untuk slot akhir tu...

Too bad juga masa first show tu my hp's camera is not working well so i only got blurred pictures..So, on the next show i brought along my digital camera (yes..im still using digital camera and i know im soooo outdated, but who cares as long as i can get pictures)...
And im going to comment about the story...
Overall..both performances are great and I enjoyed both..there is only a little bit difference maybe in the terms of the ambience and dialogues..like during the birthday scene, in the first show, the audiences sang along the birthday song and Shafiq was more dramatic compare the same scene in the last show...and i still prefer Aiman's script of "kedai nasi lemak yang sebelah dia kedai nasi ayam" which was missing in the second play..
Mira and Aiman were playing football game (first show) when Hafiz first called her compare to next show where Mira and Aiman were challenging badminton game to suit the situation (as at the moment of show was Thomas Cup final match), which led to Mira saying to Hafiz, " game ni tak pernah main pun tapi  menang juga"...
I guess pelakon-pelakon ni diberi sedikit kelonggaran dalam mewarnakan dialog masing-masing, and thats where the beauty of this show..the spontaneous that makes the show alive..
But actually yang menggamatkan drama ni adalah watak-watak Aiman, Shafiq dan Je(m)bol..
But i really admire Elza Irdalynna yang bawa watak Mira..she is such a star.. and her acting was A++..with her expression, body language and voice tone..everything..i just admire her..Oo, pada yang tak tahu Elza niadalah anak kepada Arwah Azean Irdawaty..dan dia memang banyak berlakon teater...well...ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan??
So does Sharifah Aleysha yang menjayakan watak Nana, which also comes from keluarga berdarah seni...dua anak seni yang sememangnya mempunyai potensi untuk terus bersinar dalam dunia seni tanah air..
Love them..love them..love them so much..

In my view~ ACT is very simple story..sebagaimana adaptasi novel/buku ke layar atau pentas, mesti akan ada sedikit perubahan dalam jalan cerita..sebab seingat i masa Hafiz starts couple dengan Nana, masa tu Nana n Mira dah pindah g oversea, tapi dalam teater ni tak..

Cuma kelemahannya i rasa mungkin dari jalan cerita kot..simple sangat and kadang-kadang flow cerita tu macam tak link..(but that always happen in book adaptation)..and props yang sangat-sangat simple, termasuk  background yang dipaparkan dalam sesetengah scene, i nampak agak kaku (kecuali yang last part masa Nana n Kika kat tangga) .jika nak dibandingkan dengan my last teater ~ Layar Lara Salina..or teater2 USM dulu...and i wish i can see a part where Mira is wearing baju kotak-kotak with kasut chuck taylor as in the real story..because that is how i pictured Mira.
but that doesn't matter sebab tak mencacatkan storyline pun but i wish as professional they can produce better props and background...that's my sincere opinion..

First Show on the first day:
My first ticket..(with my name because i purchased online)
First dating~ hafiz and Mira
All the blurred pictures from my hp:

Mira

me and the actors and actress during the first show
Last show on the last day:
Babak Satu ~

First time Hafiz jumpa Mira 

First time Hafiz call Mira ~ The art of lying

First time Hafiz dating dengan Mira

Mira (Elza Irdalynna) ~ i really love her acting...2 thumbs up!!

Hafiz, Mira and Nana 

Barisan pelakon


Me with the actors and actress after the last show

Me and them look like besties here..



Over the counter tickest.

Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Ana Ikan Bakar Petai ni sebenarnya adalah cawangan daripada Ana Ikan Bakar yang famous di Tanjung Lumpur, Kuantan tu..lokasinya adalah betul-betul sebelah dengan Balai Bomba Bangi..
First time makan kat sini kami order sotong goreng telur masin, pari bakar petai dan kerabu magga.

Disebabkan masa kami datang tu adalah pada malam hari bekerja dan hujan pulak tu, so orang tak ramai dan servis pun agak cepat..
Overall, ok lah..suka sotong goreng telur masin tu..ikan bakar dia plak i tak berapa suka~maybe sebab ada petai kot yg menjadikan rasa dia lain sebab i tak makan petai..tapi hubby kata ok..

Kedai selepas hujan~agak lengang

Menu yang ada

Kerabu magga

Sotong telur masin

Cukup lah untuk berdua je

Ikan pari bakar sambal petai

Model tak berbayar sebelum santap