Tuesday, July 31, 2012

Nasi Ayam Hainan Restoran Syukran

Salah satu favourite saya adalah nasi ayam...
Selalu kalau terasa nak makan nasi ayam hainan, one of favourite place adalah Restoran Syukran..lokasinya berhampiran dengan Giant Seksyen 13 Shah Alam..bagi saya, nasinya simple tapi sedap...ada dua pilihan roasted or steamed..
Lain-lain menu yang saya suka dan selalu order adalah hainan chicken chop and ying yong...



Si adik sedang menghayati makanan..seperti biasa..

Nasi ayam..nasi ayam..nasi ayam..

Hainan chicken chop (pic dari page restoran)

Kueteow (lebih kurang macam ying yong) (Pic dari page restoran)



Thursday, July 19, 2012

Cameron Highland


As usual, setiap tahun me and my close office friends akan plan for vacation. Actually tahun ni we all nak pergi Tioman tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa postpone ke hujung tahun. Tapi memandangkan masong-masing otak dah tepu dengan kerja, so secara tetiba kami plan for mini vacation...Destinasi pilihan~ Cameron Highland... dah nama pun mini vacation, so 4 orang je yang dapat join...2 of my friends bawa hubby and anak skali..

Actually, this is my second time to Cameron... First time dulu sebab ikut my friend balik.. dye memang orang CH... this time pun we stay at her parents' chalet~ Sri Juliana Chalet sebab kitaorang call hotel lain semuanya dah penuh..last minit plan la katakan..

We all bertolak from Putrajaya hari Jumaat malam around pukul 10pm camtu and arrived CH around 2.30am. Of coz, check in je terus tido la sampai ke pagi..dah la sejuk menggigit tulang..hahaha, of coz la "anak dara" dua orang ni yang last skali bangun pagi..

So the whole Saturday tu adalah hari jalan-jalan di CH..
After breakfast, 1st destination adalah Ladang Strawberi Big Red Farm sebab ladang ni dekat je dengan chalet kami..activiti wajib adalah memetik strawberi...ada cafe juga untuk menikmati pelbagai hidangan berasaskan strawberi...we all order strawbery smoothies, strawberi coklat dan pancake strawberi..



Next, we all ke Galeria Time Tunnel yang terletak di Kok Lim Strawbery Farm..more info here... Yang bestnya di sini sebab seolah-olah mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak melalui item-item yang dipamerkan... mungkin kalau budak-budak zaman sekarang yang pergi they all tak akan rasa apa-apa sebab barang-barang tersebut tak ada signifikan dalam kehidupan mereka... 


 



Next destination for tea time adalah Ladang Teh Cameron Valley..wajib la kan ada gambar ala-ala hindustan di ladang teh tu.. My menu for tea: one set of scones and traditional black tea..


oopss. gambar ni ada selit-selit gambar di Pasar Malam Brincang

Then, ingat nak posing-posing la kat Ye Olde Smokehouse Hotel tapi tak boleh nak masuk sebab penjaga tu kata Guest ramai..so, dapatlah tangkap gambar kat luar je..

 

Later, just drive sampai ke Tanah Rata dan Ringlet, tapi singgah kat Flower Nursery je.. dah tak larat nak jalan ke Bee Farm..Malam, haruslah ke Pasar Malam Brincang...then balik chalet semua collapsed..huhu, sib baik bawa Flanil...
 The next day, sebelum balik wajib ke Kea Farm beli sayur-sayur nak bawa balik..huhu, geram betul tengok sayur-sayur yang segar dan murah-murah gile...dari kononnya nak beli sikit je terus TERborong 3 plastik besar..semua jenis sayur I ambil...hehehe...tapi i tak beli bunga/roses langsung..boleh? pelik? hehehe...tapi kalau penggila roses memang rasa nak borong dengan baldi baldi sekali (macam my friend yang sorang tu).. beli macam nak buka florist kat KL...

Tak beli bunga dapat ambil gambar pun jadilah...lagi everlasting kan....


Balik, we all lalu Tapah sebab ingat nak singgah mandi kat air terjun(tapi hujan la plak) dan makan ayam goreng Tapah, tapi takde rezeki kedai belum buka (ke memang tutup hari Ahad? x ingat la)...masa datang malam tu we all lalu Simpang Pulai...

tak sabar plak nak tunggu next trip ke Tioman...







Friday, July 6, 2012

Nasi Ayam Lotak-Lotak Abih

Nasi ayam ni sebenarnya agak famous....selalu kua majalah la, tv la...i pun tau dari JJCM..
kebetulan masa pergi Seremban tu, try la cari....
Exact alamat tak sure tapi kat Taman Ampangan kalau tak silap...sebab I lalu LEKAS, so senang je nak cari..tak sesat pun..
Disebabkan dah terlalu lapar, so dapat snap 1 gambar je...tapi complete picture of the dish..
We all order nasi asing 4, ayam sekor and dilengkapkan dengan sup dan taugeh...
Nama kedainya NASI AYAM HAINAN KAK LINA dengan tagline "Lotak lotak abih"..
Well, hubby cakap biasa je...dia lagi suka Nasi Ayam kat Semenyih tu...For me, maybe yang sedap ayam nya kot sebab kulitnya garing and nasinya yang sedap dan berasa...sup sedap, sambal sedap..
Then, for me agak mahal jugak lah for a nasi ayam..RM30++ gitu. Maybe sebab we all order asing-asing ke? tak tau lah..overall..not bad, can be recommended...


Penang Village


Recently, we went to Penang Village, Alamanda Putrajaya for lunch...
I pergi dengan officemate, berempat je, so takdelah banyak sangat yang kami order.
List of menu : creamy tomyam chicken soup, two style kailan, butter prawn and deep fried tofu..
Tomyam is superb...betul kena dgn my taste..tapi butter prawan nye walaupun rupa tak sama macam butter prawn yang kita biasa makan kat restoran lain tapi still ok lah...but my favourite will be the kailan..batang kailan digoreng biasa dan daunnya digoreng rangup!! superb!!
As desert~ cendol and ABC...


Tomyam and Tofu

Kailan and Butter Prawn

ABC and Cendol


Wednesday, July 4, 2012

Mee Bandung Tulang


Ni adalah kedai mee bandung yang paling favourite di KL..
Dah try kat Shah Alam, Kajang tapi yang ni bagi saya paling best..
Lokasi Medan Selera Pj, berhadapan dengan Balai Polis PJ
Antara menu yang disediakan:-
Mee Bandung Udang
Mee Bandung Ketam
Mee Bandung Tulang



Selain tu, ada asam pedas yang dihidang bersama nasi dan telur dadar.pilihan ikan yang ada ialah kembung, pari dan tenggiri..


I-City Shah Alam

Actually, ini adalah kali kedua melawat ke I-City, Shah Alam. Kali pertama pergi dulu tahun 2010, masa tu tak banyak sangat macam ni...masuk pun percuma, cuma bayar parking je RM10.
Tapi yang pasti tempat ni sangat cantik untuk bergambar...seolah dalam cerita fairy tale pulak...