Tuesday, February 5, 2013

Medan Selera Nelayan, Langkawi


Kalau datang langkawi, tak akan lengkap jika tak singgah di Medan Selera Nelayan ni...
Makanan lautnya segar dan banyak pilihan..Lokasinya berhampiran dengan Hospital Langkawi, jika dari Kuah, selepas traffic light Hospital Langkawi belok kiri~ jalan yang sama untuk ke Pengkalan Tentera Laut Langkawi..nanti lebih kurang 500 meter, terletak di sebelah kiri jalan.

Kami sampai dalam pukul 9.30 macam tu, agak lambat ketam pun tinggal 2 ekor je..tapi yang lain-lain masih banyak pilihan. Agak ramai orang tapi tak de la pack sangat. Maybe sebab hari biasa, bukan hari minggu or cuti sekolah...

Paling best kat sini ada kepah macam kat Penang. Kalau area KL, Selangor susah sikit nak cari kepah ni..Ikan bakarnya pula sangat simple hanya dengan garam kunyit. Takde rempah or sambal..Cara terbaik untuk mengekalkan keaslian rasa ikan yang segar. Dan dicicah dengan sambal belacan yang sangat sedap..Tapi kebanyakan ikan bakar di Langkawi memang dihidangkan dengan sambal belacan, bukannya air asam atau sambal kicap, cuma sambal belacannya tu lain sedikit dengan sambal belacan yang biasa. Jom tengok gambar-gambar.....




Pilihan pelbagai jenis ikan laut...

Segar dari laut sebab restoran ni berhampiran jeti nelayan

Memilih kerang-kerangan..ada remis, kerang, lala dan kepah...

Hasilnya

Ikan Bakar

Kepah masak halia

Ketam masak sambal telur
Ikan bakar cicah dengan sambal belacan yang sangat yummy..
Harga pun ok..I boleh consider berpatutan jugak lah...
Siakap bakar 700 gm = RM31.50
Sotong tepung 200 gm = RM5.20
Kepah 600 gm = RM15.00
Ketam 400 gm = RM16.20
Jus oren satu jug = RM16.00

Overall, i boleh bagi 4.5 bintang...