Thursday, June 6, 2013

Sate Batu Pahat - Restoran Jeng Kuan




Setiap kali balik kampung di Batu Pahat, tak sah sebenarnya jika tidak singgah di Jeng Kuan. Jeng Kuan yang bermaksud Jetty..sebenarnya Jeng Kuan ni merupakan jetti sebelum Jambatan Batu Pahat (dekat benteng yang terkenal dengan nasi beriyani tu) dibina. Tempat makan ni memang dah sangat lama, since parents i kecik lagi. Actually ayah yang selalu membawa kami ke sini dulu untuk makan sate. Bila dah besar, macam automatik mesti nak makan kat sini. 

Sebenarnya, paling favourite adalah sate..Tak lengkap kalau tak pekena sate batu pahat...walaupun stay kat kajang yang terkenal dengan sate tapi for me, the best sate in Malaysia is still in Batu Pahat. Memang i jarang makan Sate Kajang (bagi i sate Samuri tu tak sedap langsung, bagi free pun i tak makan ok. Bukan belagak tapi memang tak kena selera i; tak caya tanya my hubby), kecuali selepas terciptanya Sate Willy.
Antara yang popular di Batu Pahat ni, sate pagi di Kopitiam Chop Tong Ah (berhampiran pasar pagi) dan di  kopitiam Jalan Engan (yang ni buka waktu pagi for breakfast)..Yes, hanya di BP saja dapat makan sate for breakfast ok!! Lontong, soto dan sate adalah makanan breakfast yang lazim di sini..Istimewanya Kopitiam Chop Tong Ah adalah suasana dan dekorasi dia yang ala-ala antik. Bukan purposely deko macam ti tapi seingat saya, kedai kopi ni memang tak pernah berubah dari zaman 70-80an..
Then kalau petang ke malam plak boleh ke kedai sebelah sungai dan Jeng Kuan untuk menikmati sate..dari kecil sampai sekarang, sate batu pahat adalah wajib sama ada pagi atau petang...bila malam...kita pekena mee bandung plak. nanti i review tentang mee bandung BP ni..Sebenarnya banyak lagi kedai yang menyediakan hidangan sate pagi kat BP ni, tapi 4 kedai ni adalah tempat yang i selalu pergi dari kecik. Yang lain-lain, try at your own risk!!

Apa yang istimewanya sate Batu Pahat? Sate Batu Pahat biasanya diperap dengan jintan, ketumbar, gula dan garam, ada juga yang perap dengan gula melaka/gula perang sebab tu rasanya berbeza dan sangat berempah..Itu keistimewaan resepinya. Dan biasanya saya suka makan sate tu begitu saja tanpa kuah kacang supaya rasa perapan sate  dapat dinikmati. Kuah kacang kita makan dengan ketupat, timun dan bawang ye...That's my way of eating sate Batu Pahat. And paling best juga, kat sini selain daging dan ayam, ada sate paru, hati, babat, dan usus..cuma baru-baru ni dah naik harga jadi 50 sen sebatang..

Sate Daging dan Ayam


*update gambar disember 2013



Selain tu, menu yang biasa dipesan di Jeng Kuan ni, adalah nasi ayam, bihun sup dan bihun/kueteow hailam...hailam di sini adalah my favourite. Bagi orang lain sebenarnya hailam ni biasa-biasa saja, tapi bagi i, ianya adalah menu yang sangat simple tetapi sedap...memang macam wajib kalau ke Jeng Kuan ni mesti order sate, teh ais dan hailam..maybe sebab macam ada nostalgia zaman kanak-kanak setiap kali makanan ni terhidang.Sebab dulu my parents selalu bawa makan kat sini, even ayah pun ada cerita bihun hailam adalah menu pertama masa dating dengan mak dulu-dulu..huhu,hingga menjadikannya satu rutin bila ke sini. Walau kenyang or pesan makanan lain tapi at least mesti wajib ada teh ais dan hailam...

Kueteow Hailam

Bihun Hailam

Teh Ais


Wednesday, June 5, 2013

Restoran Pak Putra Nan dan Tandori


Dapat tau tentang Restoran ni dari seorang kawan bloggers...Satu petang sabtu yang bosan, hubby cakap jom kita g jalan-jalan luar KL (masa tu di Mines Shopping, niat hati nak tgk wayang tapi tak de cerita best)...
Mula-mula suggest g genting tapi sebab masa tu dah pukul 5, macam tak best je nak g sana..so teringat ttg roti naan di Melaka ni...apa lagi...zassss...kereta dipandu masuk PLUS highway menuju ke Melaka....

Tak susah nak cari tempat ni, terutama dengan bantuan Gadjet Pengelak Sesat (GPS)..Lokasi area Taman Kota Laksamana, ada tepi jalan je...

Sampai di kedai around 8 pm macam tu, tengok dah ramai orang...Nasib baik masih ada lagi meja yang kosong sebelah seberang jalan...Walaupun hanya ada satu menu utama je iaitu Roti Nan tetapi pengunjungnya tetatp ramai...jangan terkejut, ada tourist jugak yang makan di sini...

Restoran Pak Putra
 Disebabkan first time di sini, harus lah membelek-belek menu dulu sambil-sambil tanya apa specialty pada waiter tu...Remarks: waiter tu bukan Malaysian, i rasa ala-ala org Pakistan sebab tak tau cakap Melayu pun
Akhirnya, kami pesan 1 roti nan kosong, 1 roti nan cheese, butter chicken dan mutton kolhapuri...tak order tandori sebab macam dah biasa sangat..so, order something yang berlainan...

Menu - ada chicken, mutton and lamb

Mutton Kolhapuri - pedas-pedas and masam-masam tomato skit...


Butter Chicken yang super duper sedap!

Nan yang gebu dan lembut
Mr Hubby dengan nan cheese garlic
Bila tengok setiap meja mesti ada 2-3 lauk dalam bekas steel macam kat atas tu...my comment:- sangat sedap mantap...sampai kan i hirup abis butter chicken tu..serious tak pernah makan macam ni kat KL...so unique...must try kalau sape-sape pergi melaka...tapi ada meja sebelah tu siap pesan 1 ekor tandori makan begitu saja tanpa roti... 

Memang keje gila jugak..pergi Melaka semata-mata nak makan Roti Naan Pak Putra ni tapi memang berbaloi-baloi..Rasanya next time pun memang sanggup drive 1 jam setengah untuk semata-mata untuk Roti Naan ni...Terbaik dan Superb!