Thursday, December 14, 2017

Baked Macaroni Cheese


Bahan-bahan :
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
1 tin kecil Campbell's Cream of Mushroom
1 pek daging ayam kisar
2 cawan macaroni
1 pek mix cheese (cheddar, mozzarella & parmesan) atau boleh guna pizza topping-
(saya biasanya guna brand perfect italiano pizza plus atau Emborg pizza topping)
4 biji cendawan butang
1/2 biji lada benggala
1 sudu kecil italian mixed herbs
Garam
Lada hitam
Minyak zaitun





Masak cara saya :

Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan

Saute daging dengan minyak zaitun.
Masukkan krim carbonaran dan sup cendawan. Tambahkan 2 tin air (sukat guna tin prego or campbell's tu).
Tunggu sampai mendidih dan kuah pekat sedikit, sambil sambil kacau2 supaya kuah tidak berketul2 dan daging tidak melekat.
Masukkan cendawan dan lada benggala yang telah dihiris atau dicincang.
Perisakan dengan garam (jika perlu), lada hitam dan mixed herbs.
Biar kuah pekat ikut tahap kesukaan masing-masing.
Gaulkan dengan makaroni.
Lapiskan makaroni dan cheese dalam bekas (cheese makaroni cheese makaroni dan atas sekali topping dengan cheese)
Bakar dalam oven dalam masa 15 minit atau agak2 cheese topping tu dah cair n garing.
Sedia untuk dihidang. Kalau rasa nk pedas, boleh tabur chili flakes.






Wednesday, December 13, 2017

Ikan Kukus Lemon

Bahan- Bahan:
1 ekor Ikan Siakap / Ikan Bawal Emas (saiz sederhana)
1 biji Lemon
1 biji bawang besar / bawang holland
2 ulas bawang putih
1 buku halia (saiz ibu jari)
Sos tiram
Kicap cair / sos ikan
Lada sulah
Garam'
Rencah Hilal
1 sudu makan tepung Jagung
1 sudu makan minyak masak
Tomato dan Lobak Merah
Cili padi

Cara Mengukus Ikan :
Ikan dibasuh bersih dan dilumur dengan sos tiram, kicap cair, sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal. Letak dalam pengukus dan halia yang dihiris ditabur di atas ikan. Perahkan jus lemon sedikit sahaja. Kukus dalam 15 minit.

Cara Membuat Kuah:
Bawang Besar dan bawang putih dihiris. Panaskan minyak masak  dan saute bawang besar dan bawang putih.
Gunakan semula air pengukus tadi dalam 1 cawan or 1 1/2 cawan. Masukkan pada bawang yang telah ditumis. Perahkan lemon, perasakan dengan kicap cair/sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal.
Setelah mendidih masukkan lobak merah dan tomato. Tambah cili padi jika sukakan kuah yang pedas. Akhir sekali masukkan 2 atau 3 sudu tepung jagung yang telah dibancuh (ikut suka tahap kepekatan masing-masing).

Siramkan kuah atas ikan kukus tadi. Hidang.