Monday, August 12, 2013

Milwaukee Steak Corner


Milwaukee Steak Corner in Balakong, Selangor...
I have tried many local western food  restaurant around kajang, bangi and cheras..and usually for first time i will order steak, either sirloin or rib eye will be my favourite..
But most of the restaurant disappointing me..even i have told them that i like my steak to be medium rare..and each time i will get well-done meat..not juicy and some time hard to chew..
To be franked, i ni memang skeptical sikit tentang local western food restaurant sebab most of them not really understand the art of cooking good steak..but i like to try those local restaurant..bagi support la konon..takkan everytime nak makan kat TGIF kan...

Ada sekali tu satu restoran di Bangi, dalam menu tulis served with mashed potato..dah teruja sebab jarang kan ada restoran hidangkan mashed potato. tapi bila sampai depan mata, it was baked potato!! Bila tanya waiter tu, selumber je cakap memang serve macam ni..duh!! Rasa nak masuk dapur jumpa tukang masak tu..mashed and baked potato tu dua benda berlainan kot.. the menu said mashed, so i expected it to be mashed not baked!!! Stupid chef..

But last week so happen lalu Balakong nampak Milwaukee ke..so, memandangkan dalam bulan puasa ni belum lagi makan kat luar, Mr hubby cadangkan we try this restaurant..cadangan yang diterima tanpa bantahan langsung..

But in the end, tidak mendukacitakan...the meat was grilled to my expectation. I requested for medium rare and i got medium rare..lembut and juicy..Love it so much, the juice flow out when cutting the steak..
So now enjoy the pictures...


Menu list for steak

Menu List for Lamb..and they also have ostrich


Baked Cheesy Lobster

Milwaukee Wild Mushroom Soup served in a Rye bread bowl. It is awesome! 

Drinks

Every meal served with potato, salad, baby carrot, shitake mushrooms, baby tomato and strawberry

Hubby's ~ Lamb Shoulder

Well done ~ not to my liking but his..


Can choose either mushroom or black pepper sauce

My Sirloin Steak


With Mushroom Sauce

Medium Rare!!

Just the way i like my steak to be...


They also have other menu like chicken, ostrich, seafood, pasta, salad, appetizer..quite a lot of variety..


More info:

Friday, August 2, 2013

Ikan Bakar Stulang Laut

Dah dua kali ke JB and setiap kali mesti datang ke sini..
Lokasinya berhampiran dengan The Zone Bebas Cukai dengan area Stulang Laut...
Lokasinya agak konfius gak sebab agak tersorok do sebalik kedai-kedai menghadap ke perumahan flat..
Jangan tersalah plak, sebab kat sebelah depan tepi jalan memang banyak kedai-kedai ikan bakar..
Apa istimewanya kedai ni?
1. Nasi goreng seafood nya yang ada banyak udang dan sotong dan digoreng atas plate besar macam plate goreng burger tu.
Tapi sebenarnya rasa nasi goreng tu biasa-biasa je macam nasi kalau kita goreng sendiri kat rumah..tapi sebab panas-panas dibungkus plak dengan daun pisang ..pergh...memang best jugak lah..Kedua, i suka sebab tak pedas..kanak-kanak pun boleh makan...

Mula-mula akan goreng telur banyak-banyak dengan bawang semua...Then masukkan seafood..

Then, masukkan nasi dan perencah...

Siap! Nasi goreng seafood dengan udang dan sotong dibungkus dalam daun pisang..

Nasi dan lauk yang kami order..

2. Ikan Bakar di sini style macam ikan bakar portugis tu...bakar dalam daun pisang, ada sambal, bendi dan dihidang dengan asam limau ... air asam nye pun agak unik sebab tak macam tempat lain...macam sambal bawang tapi ada masam-masam sikit..
Pilihan seafood pun ada pelbagai-sotong, udang, kerang, ikan siakap, kerapu, bawal, kembung, pari etc..
Cuma kekurangannya ada satu menu je kat sini~ pilih la apa pun, cara masakannya tetap sama..bakar portugis..
pedas-pedas n masam-masam..yummy...and ada rasa belacan..
Even sayur pun digoreng pedas..
Maybe sebab tu nasi gorengnya tak pedas..
Boleh juga minta nasi putih kalau tak nak nasi goreng...

Bawal bakar

Sotong Bakar

Hidangan untuk 2 orang

Overall, ok la juga tempat ni..Cuma selalu ramai orang dan kena beratur tunggu meja..Bagi yang bawa anak kecil pula, try cari tempat duduk kat luar yang open air..Sebab asap dari nasi goreng dan ikan bakar tu sangat menyentap hidung...
Tak banyak gambar sebab tauke tu tak bagi ambil gambar, so dapat capture yang mana dihidang di meja je...Dari segi harga, kira ok juga la..takde la mahal sangat...




Thursday, June 6, 2013

Sate Batu Pahat - Restoran Jeng Kuan




Setiap kali balik kampung di Batu Pahat, tak sah sebenarnya jika tidak singgah di Jeng Kuan. Jeng Kuan yang bermaksud Jetty..sebenarnya Jeng Kuan ni merupakan jetti sebelum Jambatan Batu Pahat (dekat benteng yang terkenal dengan nasi beriyani tu) dibina. Tempat makan ni memang dah sangat lama, since parents i kecik lagi. Actually ayah yang selalu membawa kami ke sini dulu untuk makan sate. Bila dah besar, macam automatik mesti nak makan kat sini. 

Sebenarnya, paling favourite adalah sate..Tak lengkap kalau tak pekena sate batu pahat...walaupun stay kat kajang yang terkenal dengan sate tapi for me, the best sate in Malaysia is still in Batu Pahat. Memang i jarang makan Sate Kajang (bagi i sate Samuri tu tak sedap langsung, bagi free pun i tak makan ok. Bukan belagak tapi memang tak kena selera i; tak caya tanya my hubby), kecuali selepas terciptanya Sate Willy.
Antara yang popular di Batu Pahat ni, sate pagi di Kopitiam Chop Tong Ah (berhampiran pasar pagi) dan di  kopitiam Jalan Engan (yang ni buka waktu pagi for breakfast)..Yes, hanya di BP saja dapat makan sate for breakfast ok!! Lontong, soto dan sate adalah makanan breakfast yang lazim di sini..Istimewanya Kopitiam Chop Tong Ah adalah suasana dan dekorasi dia yang ala-ala antik. Bukan purposely deko macam ti tapi seingat saya, kedai kopi ni memang tak pernah berubah dari zaman 70-80an..
Then kalau petang ke malam plak boleh ke kedai sebelah sungai dan Jeng Kuan untuk menikmati sate..dari kecil sampai sekarang, sate batu pahat adalah wajib sama ada pagi atau petang...bila malam...kita pekena mee bandung plak. nanti i review tentang mee bandung BP ni..Sebenarnya banyak lagi kedai yang menyediakan hidangan sate pagi kat BP ni, tapi 4 kedai ni adalah tempat yang i selalu pergi dari kecik. Yang lain-lain, try at your own risk!!

Apa yang istimewanya sate Batu Pahat? Sate Batu Pahat biasanya diperap dengan jintan, ketumbar, gula dan garam, ada juga yang perap dengan gula melaka/gula perang sebab tu rasanya berbeza dan sangat berempah..Itu keistimewaan resepinya. Dan biasanya saya suka makan sate tu begitu saja tanpa kuah kacang supaya rasa perapan sate  dapat dinikmati. Kuah kacang kita makan dengan ketupat, timun dan bawang ye...That's my way of eating sate Batu Pahat. And paling best juga, kat sini selain daging dan ayam, ada sate paru, hati, babat, dan usus..cuma baru-baru ni dah naik harga jadi 50 sen sebatang..

Sate Daging dan Ayam


*update gambar disember 2013



Selain tu, menu yang biasa dipesan di Jeng Kuan ni, adalah nasi ayam, bihun sup dan bihun/kueteow hailam...hailam di sini adalah my favourite. Bagi orang lain sebenarnya hailam ni biasa-biasa saja, tapi bagi i, ianya adalah menu yang sangat simple tetapi sedap...memang macam wajib kalau ke Jeng Kuan ni mesti order sate, teh ais dan hailam..maybe sebab macam ada nostalgia zaman kanak-kanak setiap kali makanan ni terhidang.Sebab dulu my parents selalu bawa makan kat sini, even ayah pun ada cerita bihun hailam adalah menu pertama masa dating dengan mak dulu-dulu..huhu,hingga menjadikannya satu rutin bila ke sini. Walau kenyang or pesan makanan lain tapi at least mesti wajib ada teh ais dan hailam...

Kueteow Hailam

Bihun Hailam

Teh Ais


Wednesday, June 5, 2013

Restoran Pak Putra Nan dan Tandori


Dapat tau tentang Restoran ni dari seorang kawan bloggers...Satu petang sabtu yang bosan, hubby cakap jom kita g jalan-jalan luar KL (masa tu di Mines Shopping, niat hati nak tgk wayang tapi tak de cerita best)...
Mula-mula suggest g genting tapi sebab masa tu dah pukul 5, macam tak best je nak g sana..so teringat ttg roti naan di Melaka ni...apa lagi...zassss...kereta dipandu masuk PLUS highway menuju ke Melaka....

Tak susah nak cari tempat ni, terutama dengan bantuan Gadjet Pengelak Sesat (GPS)..Lokasi area Taman Kota Laksamana, ada tepi jalan je...

Sampai di kedai around 8 pm macam tu, tengok dah ramai orang...Nasib baik masih ada lagi meja yang kosong sebelah seberang jalan...Walaupun hanya ada satu menu utama je iaitu Roti Nan tetapi pengunjungnya tetatp ramai...jangan terkejut, ada tourist jugak yang makan di sini...

Restoran Pak Putra
 Disebabkan first time di sini, harus lah membelek-belek menu dulu sambil-sambil tanya apa specialty pada waiter tu...Remarks: waiter tu bukan Malaysian, i rasa ala-ala org Pakistan sebab tak tau cakap Melayu pun
Akhirnya, kami pesan 1 roti nan kosong, 1 roti nan cheese, butter chicken dan mutton kolhapuri...tak order tandori sebab macam dah biasa sangat..so, order something yang berlainan...

Menu - ada chicken, mutton and lamb

Mutton Kolhapuri - pedas-pedas and masam-masam tomato skit...


Butter Chicken yang super duper sedap!

Nan yang gebu dan lembut
Mr Hubby dengan nan cheese garlic
Bila tengok setiap meja mesti ada 2-3 lauk dalam bekas steel macam kat atas tu...my comment:- sangat sedap mantap...sampai kan i hirup abis butter chicken tu..serious tak pernah makan macam ni kat KL...so unique...must try kalau sape-sape pergi melaka...tapi ada meja sebelah tu siap pesan 1 ekor tandori makan begitu saja tanpa roti... 

Memang keje gila jugak..pergi Melaka semata-mata nak makan Roti Naan Pak Putra ni tapi memang berbaloi-baloi..Rasanya next time pun memang sanggup drive 1 jam setengah untuk semata-mata untuk Roti Naan ni...Terbaik dan Superb!

Tuesday, February 5, 2013

Medan Selera Nelayan, Langkawi


Kalau datang langkawi, tak akan lengkap jika tak singgah di Medan Selera Nelayan ni...
Makanan lautnya segar dan banyak pilihan..Lokasinya berhampiran dengan Hospital Langkawi, jika dari Kuah, selepas traffic light Hospital Langkawi belok kiri~ jalan yang sama untuk ke Pengkalan Tentera Laut Langkawi..nanti lebih kurang 500 meter, terletak di sebelah kiri jalan.

Kami sampai dalam pukul 9.30 macam tu, agak lambat ketam pun tinggal 2 ekor je..tapi yang lain-lain masih banyak pilihan. Agak ramai orang tapi tak de la pack sangat. Maybe sebab hari biasa, bukan hari minggu or cuti sekolah...

Paling best kat sini ada kepah macam kat Penang. Kalau area KL, Selangor susah sikit nak cari kepah ni..Ikan bakarnya pula sangat simple hanya dengan garam kunyit. Takde rempah or sambal..Cara terbaik untuk mengekalkan keaslian rasa ikan yang segar. Dan dicicah dengan sambal belacan yang sangat sedap..Tapi kebanyakan ikan bakar di Langkawi memang dihidangkan dengan sambal belacan, bukannya air asam atau sambal kicap, cuma sambal belacannya tu lain sedikit dengan sambal belacan yang biasa. Jom tengok gambar-gambar.....




Pilihan pelbagai jenis ikan laut...

Segar dari laut sebab restoran ni berhampiran jeti nelayan

Memilih kerang-kerangan..ada remis, kerang, lala dan kepah...

Hasilnya

Ikan Bakar

Kepah masak halia

Ketam masak sambal telur
Ikan bakar cicah dengan sambal belacan yang sangat yummy..
Harga pun ok..I boleh consider berpatutan jugak lah...
Siakap bakar 700 gm = RM31.50
Sotong tepung 200 gm = RM5.20
Kepah 600 gm = RM15.00
Ketam 400 gm = RM16.20
Jus oren satu jug = RM16.00

Overall, i boleh bagi 4.5 bintang...


Tuesday, December 18, 2012

Fend Ikan Bakar


This is definitely one of the best ikan bakar in town!!
Specialty di sini~ ikan bakar berempah, kemudian akan disimbah dengan sambal lagi and served with air asam yang pekat manis dan pedas...awesome taste!!

Then, kalau order nasi, akan dihidang bersama kuah asam pedas yang sangat sedap!! Unik dan lain daripada ikan bakar yang we all pernah try sebelum ni..

Harga pun ok..tak mahal sangat and tak murah pun...


candid!! ni ikan talapia dengan sotong

Nyum nyum

ikan keli bakar dan sotong~ yang ni version kurang kuah atas kuah

Kerang bakar~ unik sebab bakar dengan sambal..

Air asam dan kuah asam pedas


Overall~ terbaik!! 10 bintang.

Thursday, December 13, 2012

Restoran Thai Tomyam Kung

Tempat ni my officemate yang suggest..dia kata kawan-kawannya cakap sedap, so I kata ok je bila dengar "Tomyam"...

Kedai nye kat area Presint Diplomatik, Putrajaya...dekat-dekat dengan Mydin Putrajaya tu...

So, of course le i order tomyam dengan nasi putih...

Tomyan seafood..uniknya it's served dalam claypot dan ada  api bawahnya..

Daging merah

Kueteow kung fu..


Overall, sebagai seorang peminat setia tom yum...dari segi rupa. memang 5 bintang la tapi dari segi rasa sedap tapi biasa-biasa je.. Takde la super duper yummy...