Friday, June 22, 2012

Muzium Rembau


Salah satu interest me and my hubby adalah melawat muzium...
So, sewaktu menghadiri kenduri kahwen seorang sahabat sempat kami singgah di Muzium Rembau. Bangunan Muzium ni sebenarnya dibina di atas tapak istana Raja Melewar. Dan bangunan ini sendiri merupakan replika kepada istana tersebut...Memandangkan tidak ramai pengunjung maka kami berpeluang dapat special tour dari penjaga Muzium ini...

Muzium Rembau @ Replika Istana Raja Melewar

Kolam "Astakona"  hehehe..

Artifak dan ukiran

Artifak

Hubby bersama penjaga muzium ini (lupa dah nama dia)
Sejarah Rembau:


Asal-usul nama Rembau wujud daripada tunggul pokok Merbau Tua yang terletak di Kampung Api-Api, Jalan Kampung Mungkal, di Rembau. Di kawasan persekitaran bekas tunggul tersebut telah diusahakan tanaman sawit. Namun begitu, terdapat satu bahagian yang tanamannya tidak subur dijangkakan merupakan tapak bekas tunggul tersebut. Hanya terdapat rumput yang tumbuh di sekitarnya. Kebiasaannya, selepas hujan akan muncul pelangi di kawasan tersebut. ( Mangun- mengikut kata orang Rembau- pelangi tersebut diiringi desir siulan).

Pokok Merbau merupakan sejenis pokok di dalam famili Leguminosae atau juga dikenali sebagai merbau pili. Pokok tersebut yang terdapat di kawasan perkampungan ini dipercayai sangat besar dan tinggi. Kawasan sekitar pokok tersebut dijadikan penempatan dan pertanian kerana apabila berada di situ seolah-olah ‘payung raksasa’ yang melindungi kampung tersebut. Setelah beberapa musim, penduduk kampung telah sepakat untuk menebang pokok tersebut. Ketelitian amat penting untuk menebang pokok yang besar ini kerana khuatir musibah akan menimpa penduduk apabila pokok tersebut tersembam ke bumi. Penebangan Pokok Merbau dilakukan pada awal abad ke 16 sebelum tahun 1540.

Usaha menebang pokok tersebut mengambil masa kira-kira setengah bulan dan dianggarkan empat gantang serpihan besi kapak beliung telah pecah kerana pokok tersebut sangat besar dan keras. Setelah berjaya ditebang, pokok tersebut akhirnya tumbang merentasi arah utara sawah padi. Ketika tanaman sawi diusahakan pada tahun 1960, terdapat serpihan kayu timbul apabila tanah dicangkul oleh petani-petani ini. Mengambil sempena keajaiban pokok ini, nama Merbau diambil sebagai nama kampung. Di sebabkan kekeliruan nama perkampungan Merbau dan juga nama pokok Merbau penduduk telah membalikkan “MER” menjadi “REM” dengan mengekalkan “BAU”. Maka kekallah nama “REMBAU” sehingga kini.

Menurut sumber anak watan di sini, peneroka asal kampung ini adalah Raja Melewar yang mula bertapak di Rembau sebelum membuka Negeri Sembilan. Terdapat makam baginda bersemadi di kawasan Astana Raja di Rembau yang sering kali menjadi kunjungan penduduk setempat dan pelancong dari luar. Replika Istana Raja Melewar yang terdapat berhampiran dengan makam beliau juga merupakan bekas tapak istana Raja Melewar satu ketika dahulu dan menyimpan pelbagai sejarah dan tinggalan khazanah dahulu kala.


sumber : http://telecentre.my/rembau/index.php/ms/sejarah.html

No comments:

Post a Comment