Thursday, June 6, 2013

Sate Batu Pahat - Restoran Jeng Kuan




Setiap kali balik kampung di Batu Pahat, tak sah sebenarnya jika tidak singgah di Jeng Kuan. Jeng Kuan yang bermaksud Jetty..sebenarnya Jeng Kuan ni merupakan jetti sebelum Jambatan Batu Pahat (dekat benteng yang terkenal dengan nasi beriyani tu) dibina. Tempat makan ni memang dah sangat lama, since parents i kecik lagi. Actually ayah yang selalu membawa kami ke sini dulu untuk makan sate. Bila dah besar, macam automatik mesti nak makan kat sini. 

Sebenarnya, paling favourite adalah sate..Tak lengkap kalau tak pekena sate batu pahat...walaupun stay kat kajang yang terkenal dengan sate tapi for me, the best sate in Malaysia is still in Batu Pahat. Memang i jarang makan Sate Kajang (bagi i sate Samuri tu tak sedap langsung, bagi free pun i tak makan ok. Bukan belagak tapi memang tak kena selera i; tak caya tanya my hubby), kecuali selepas terciptanya Sate Willy.
Antara yang popular di Batu Pahat ni, sate pagi di Kopitiam Chop Tong Ah (berhampiran pasar pagi) dan di  kopitiam Jalan Engan (yang ni buka waktu pagi for breakfast)..Yes, hanya di BP saja dapat makan sate for breakfast ok!! Lontong, soto dan sate adalah makanan breakfast yang lazim di sini..Istimewanya Kopitiam Chop Tong Ah adalah suasana dan dekorasi dia yang ala-ala antik. Bukan purposely deko macam ti tapi seingat saya, kedai kopi ni memang tak pernah berubah dari zaman 70-80an..
Then kalau petang ke malam plak boleh ke kedai sebelah sungai dan Jeng Kuan untuk menikmati sate..dari kecil sampai sekarang, sate batu pahat adalah wajib sama ada pagi atau petang...bila malam...kita pekena mee bandung plak. nanti i review tentang mee bandung BP ni..Sebenarnya banyak lagi kedai yang menyediakan hidangan sate pagi kat BP ni, tapi 4 kedai ni adalah tempat yang i selalu pergi dari kecik. Yang lain-lain, try at your own risk!!

Apa yang istimewanya sate Batu Pahat? Sate Batu Pahat biasanya diperap dengan jintan, ketumbar, gula dan garam, ada juga yang perap dengan gula melaka/gula perang sebab tu rasanya berbeza dan sangat berempah..Itu keistimewaan resepinya. Dan biasanya saya suka makan sate tu begitu saja tanpa kuah kacang supaya rasa perapan sate  dapat dinikmati. Kuah kacang kita makan dengan ketupat, timun dan bawang ye...That's my way of eating sate Batu Pahat. And paling best juga, kat sini selain daging dan ayam, ada sate paru, hati, babat, dan usus..cuma baru-baru ni dah naik harga jadi 50 sen sebatang..

Sate Daging dan Ayam


*update gambar disember 2013



Selain tu, menu yang biasa dipesan di Jeng Kuan ni, adalah nasi ayam, bihun sup dan bihun/kueteow hailam...hailam di sini adalah my favourite. Bagi orang lain sebenarnya hailam ni biasa-biasa saja, tapi bagi i, ianya adalah menu yang sangat simple tetapi sedap...memang macam wajib kalau ke Jeng Kuan ni mesti order sate, teh ais dan hailam..maybe sebab macam ada nostalgia zaman kanak-kanak setiap kali makanan ni terhidang.Sebab dulu my parents selalu bawa makan kat sini, even ayah pun ada cerita bihun hailam adalah menu pertama masa dating dengan mak dulu-dulu..huhu,hingga menjadikannya satu rutin bila ke sini. Walau kenyang or pesan makanan lain tapi at least mesti wajib ada teh ais dan hailam...

Kueteow Hailam

Bihun Hailam

Teh Ais


1 comment: