Thursday, June 21, 2012

Layar Lara Salina

Salah satu pengalaman menarik dalam DPA yang lalu adalah berjaya mementaskan SALINA, iaitu naskhah penulisan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said.
Seminggu sebelum pementasan kami sempat menemuramah beliau mengenai SALINA dan menyampaikan jemputan menonton pementasan tersebut. Namun sayang sekali kerana beliau tiada kelapangan pada tarikh tersebut...yang mana akhirnya secara ad hoc kami telah mencipta "A. Samad Said" versi kami sendiri (ada dalam gambar no. 3 di bawah)...
Alhamdulillah, pementasan tersebut berjaya dipersembahkan dengan jayanya. DBP turut dijemput hadir dan merakamkan pementasan tersebut untuk simpanan dan rujukan mereka.
Mementaskan karya agung seperti Salina sememangnya satu cabaran kepada produksi kami, apatah lagi untuk mengolah karya yang sangat tebal untuk diceritakan dalam durasi 2 jam tanpa meninggalkan plot-plot dan watak-watak penting. 
Namun, faktor kejayaan kami, teamwork yang sangat mantap! 

Antara babak sedih dalam Layar Lara Salina

Babak-babak menarik

Add caption

"Salina" 

Sidang F-Fantastico DPA 1/2011

3 comments:

  1. nie sape pulak honey lily nie...anyway anis nie.

    tau tak kat mane nak cari video amoeba dan ce yg kite buat opening salina tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la anis..tp they all dapat dr youtube rasanya

      Delete