Wednesday, December 13, 2017

Ikan Kukus Lemon

Bahan- Bahan:
1 ekor Ikan Siakap / Ikan Bawal Emas (saiz sederhana)
1 biji Lemon
1 biji bawang besar / bawang holland
2 ulas bawang putih
1 buku halia (saiz ibu jari)
Sos tiram
Kicap cair / sos ikan
Lada sulah
Garam'
Rencah Hilal
1 sudu makan tepung Jagung
1 sudu makan minyak masak
Tomato dan Lobak Merah
Cili padi

Cara Mengukus Ikan :
Ikan dibasuh bersih dan dilumur dengan sos tiram, kicap cair, sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal. Letak dalam pengukus dan halia yang dihiris ditabur di atas ikan. Perahkan jus lemon sedikit sahaja. Kukus dalam 15 minit.

Cara Membuat Kuah:
Bawang Besar dan bawang putih dihiris. Panaskan minyak masak  dan saute bawang besar dan bawang putih.
Gunakan semula air pengukus tadi dalam 1 cawan or 1 1/2 cawan. Masukkan pada bawang yang telah ditumis. Perahkan lemon, perasakan dengan kicap cair/sos ikan, lada sulah, garam dan rencah hilal.
Setelah mendidih masukkan lobak merah dan tomato. Tambah cili padi jika sukakan kuah yang pedas. Akhir sekali masukkan 2 atau 3 sudu tepung jagung yang telah dibancuh (ikut suka tahap kepekatan masing-masing).

Siramkan kuah atas ikan kukus tadi. Hidang.







No comments:

Post a Comment