Tuesday, February 5, 2013

Medan Selera Nelayan, Langkawi


Kalau datang langkawi, tak akan lengkap jika tak singgah di Medan Selera Nelayan ni...
Makanan lautnya segar dan banyak pilihan..Lokasinya berhampiran dengan Hospital Langkawi, jika dari Kuah, selepas traffic light Hospital Langkawi belok kiri~ jalan yang sama untuk ke Pengkalan Tentera Laut Langkawi..nanti lebih kurang 500 meter, terletak di sebelah kiri jalan.

Kami sampai dalam pukul 9.30 macam tu, agak lambat ketam pun tinggal 2 ekor je..tapi yang lain-lain masih banyak pilihan. Agak ramai orang tapi tak de la pack sangat. Maybe sebab hari biasa, bukan hari minggu or cuti sekolah...

Paling best kat sini ada kepah macam kat Penang. Kalau area KL, Selangor susah sikit nak cari kepah ni..Ikan bakarnya pula sangat simple hanya dengan garam kunyit. Takde rempah or sambal..Cara terbaik untuk mengekalkan keaslian rasa ikan yang segar. Dan dicicah dengan sambal belacan yang sangat sedap..Tapi kebanyakan ikan bakar di Langkawi memang dihidangkan dengan sambal belacan, bukannya air asam atau sambal kicap, cuma sambal belacannya tu lain sedikit dengan sambal belacan yang biasa. Jom tengok gambar-gambar.....




Pilihan pelbagai jenis ikan laut...

Segar dari laut sebab restoran ni berhampiran jeti nelayan

Memilih kerang-kerangan..ada remis, kerang, lala dan kepah...

Hasilnya

Ikan Bakar

Kepah masak halia

Ketam masak sambal telur
Ikan bakar cicah dengan sambal belacan yang sangat yummy..
Harga pun ok..I boleh consider berpatutan jugak lah...
Siakap bakar 700 gm = RM31.50
Sotong tepung 200 gm = RM5.20
Kepah 600 gm = RM15.00
Ketam 400 gm = RM16.20
Jus oren satu jug = RM16.00

Overall, i boleh bagi 4.5 bintang...


Tuesday, December 18, 2012

Fend Ikan Bakar


This is definitely one of the best ikan bakar in town!!
Specialty di sini~ ikan bakar berempah, kemudian akan disimbah dengan sambal lagi and served with air asam yang pekat manis dan pedas...awesome taste!!

Then, kalau order nasi, akan dihidang bersama kuah asam pedas yang sangat sedap!! Unik dan lain daripada ikan bakar yang we all pernah try sebelum ni..

Harga pun ok..tak mahal sangat and tak murah pun...


candid!! ni ikan talapia dengan sotong

Nyum nyum

ikan keli bakar dan sotong~ yang ni version kurang kuah atas kuah

Kerang bakar~ unik sebab bakar dengan sambal..

Air asam dan kuah asam pedas


Overall~ terbaik!! 10 bintang.

Thursday, December 13, 2012

Restoran Thai Tomyam Kung

Tempat ni my officemate yang suggest..dia kata kawan-kawannya cakap sedap, so I kata ok je bila dengar "Tomyam"...

Kedai nye kat area Presint Diplomatik, Putrajaya...dekat-dekat dengan Mydin Putrajaya tu...

So, of course le i order tomyam dengan nasi putih...

Tomyan seafood..uniknya it's served dalam claypot dan ada  api bawahnya..

Daging merah

Kueteow kung fu..


Overall, sebagai seorang peminat setia tom yum...dari segi rupa. memang 5 bintang la tapi dari segi rasa sedap tapi biasa-biasa je.. Takde la super duper yummy...


Restoran Arabian House


This is new arabic restoran in Bangi..Lokasi betul-betul tepi highway menghala ke Sungai Ramal, Bangi kalau dtg dari Kajang Utama or Jalan Reko...Dekat area Redwok..

Selalunya, kalau nak Arabib Food, me and hubby ke Sabaa ataupun Castle,KL..
Saje nak try tempat baru ni..
But, i must say this will be our next favourite stop...dah la dekat dengan rumah..5 minit je...tak payah nak ke KL or ke Cyberjaya lagi...

Be mind that 1 serve of food can catered to two persons portion....
We took 1 hour to finish all the food..
Slowly eating and enjoying the food ~ portion by portion....

Last but not least....
Lets pictures speaks for us...


Seteko teh arab for us...1 small pot RM5 boleh minum 4-5 glass..kalau tak suka pekat boleh tambah air panas, like we did and it can goes up to 6-7 cups..

Beef mogalgal~ this is my favourite! Serve with a basket of bread....the beef is fried with some spices..likely to malay version of daging  goreng kunyit...


And it served with the tomate puree and dhalca (if i can call it dhalca because  it tastes similar todhalca)

Mixed Grill ~ served with rice..can choose from 3 choices of rice (khabsa, mandy and  I forget the  another one)..
Ours is khabsa...




Our bill...quite cheap because no tax!!!



Tuesday, November 20, 2012

Yong tau foo Kg Pandan


Yong Tau Foo Kg Pandan ni actually salah satu tempat favourite my DH.
Apa istimewanya Yong tau foo kat sini, kita boleh minta sup instead of kuah pedas seperti kebiasaan.
For me, kalau nak ikutkan varietynya, tak de la banyak sangat cuma harganya murah...selalu kalau i and hubby berdua je makan kat sini, lebih kurang RM10 je termasuk air..
And, for me yang tak berapa favour sangat dengan yong tau foo, i must say kuah pedas dye agak sedap and ok...sup tu biasa-biasa je sebab macam rasa sup kiub ayam je...




Tribute Teater Tun Siti Hasmah


" Bermadu dengan perempuan, sakitnya ke dalam hati..bermadu dengan rakyat, sakitnya ada, manisnya pun ada"

Last weekend, I berpeluang untuk menyaksikan persembahan teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya.
Dah lama tidak menjejakkan kaki ke Istana Budaya. dulu, masa pementasan teate Tun Mahathir pun i tak sempat nak tengok. so, this time awal-awal lagi dah niat nak pergi tengok..Alhamdulillah, lepas je buat deco kat wangsamaju terus pergi beli tiket.
Nasib baik la ada lagi seat untuk persembahan malam tu, maklumlah malam minggu mesti full house kan

Start 8.30 malam, persembahan berlangsung selama dua jam non-stop..huhu, paling best i rasa masa zaman di kolej kot..sangat happening...masa tu Lisa and Nazim yang pegang watak utama..and they are so cute, okay!! Huhu, tak sangka juga Lisa boleh menyanyi...

Lisa Surihani dan Nazim Othman pegang watak Hasmah dan Mahathir zaman muda
 Then, antara babak yang paling terkesan adalah masa di hospital waktu PM nak kena operate..serius, Eja punya penghayatan watak extra superb..sampai terkesan kat hati ni dan buat i rasa nak menangis sama..terbayang cam tu la kot kalau DH i yang kena operate..
Overall, i must say, pemilihan pelakon yang tepat dan persembahan yang super best..and lagu OST nya pun sangat best..apa tajuknya, terlupa plak..

Eja dan Esma Daniel pegang watak Hasmah dan Mahathir zaman selepas they all kahwin
 Selepas pementasan, ada sesi autograf dengan para pelakon, tapi bukan semua la. Pelakon2 utama je termasuk la Azizah Mahzan (watak Siti Saleha-kakak kepada Siti Hasmah), Radhi Khalid, Syanie, Anne Abdullah (part last dye jadi Dato Shahrizat pulak), and Dhira (watak Marina dewasa). Of course la, i sanggup beratur untuk amik autograf tu. Cuma tak dapat nak gambar bersama sebab i datang sorg.takkan setiap kali nak cari orang suruh snap,plus semua pun busy ambil gambar sendiri ..tu pun snap gambar dengan handphone je...jadilah, janji dapat tengok lisa secara berdepan kan..

the only picture of me

Umie Aida pun ada

My ticket 

Buku Program sebagai kenang-kenangan
Inside Buku Program- ada kata-kata Tun M

autograf dari pelakon-pelakon utama


Overall, sangat puas hati...rasa nak tengok lagi..


Monday, November 19, 2012

Hamper untuk baby ain najihah


Hamper ni dibuat khas untuk new born baby girl of my officemate.
me and my other collegues shared the gift..setiap item dibeli secara loose dan digubah menjadi hamper yang comel..
dengan kepakaran aunty linda, sekeping kad home card yang sangat cantik disertakan sekali...

Of course, doll itu sangat comel ok! rasa macam nak beli satu untuk diri sendiri je...
so, ini hasil yang dah siap...